Apakah jemputan?
Jemputan adalah fail yang diberikan kepada pengguna yang ingin meminta sijil
daripada CA. Apabila siap mencipta CA, Pembantu Sijil membantu anda menghantar
jemputan kepada pengguna. Pengguna boleh dwiklik pada jemputan ini dan Pembantu
Sijil akan membimbing mereka melalui proses permintaan sijil.
Apakah Laman Web CA?
Laman Web CA dibekalkan kepada pengguna yang ingin menggunakan Internet untuk
muat turun jemputan CA dan sijil CA. Laman Web dibekalkan terutamanya untuk
pengguna yang mungkin tidak menerima jemputan atau sijil CA secara rasmi daripada
CA. Tapak Web juga membekalkan maklumat supaya pengguna dapat mengesahkan
laman adalah milikan CA. Cap jari SHA-1 bagi sijil CA dan alamat e-mel pentadbir CA
dipaparkan untuk pengesahan.
Apa maksud "Menandatangani jemputan anda"?
Apabila pengguna meminta sijil daripada CA, jemputan ditandatangani memastikan
pengguna bahawa jemputan sebenarnya daripada CA ini dan tidak berubah.
EFTA00289879